🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Negeri Sembilan

Tabung Bencana Covid-19 : PAS Negeri Sembilan edar bantuan sempena Aidiladha

Oleh: RUSILAH MD SOM

PORT DICKSON, 19 Julai : Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha, Lajnah Kebajikan PAS Port Dickson telah mengedarkan lebih 80 bakul makanan daripada Tabung Bencana Covid-19 di sini, hari ini.

Antara penerima sumbangan tersebut termasuklah 42 orang guru Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ), Sekolah Rendah Islam Integrasi Teras Islam ( SRITI ) serta rakyat yang terputus bekalan makanan akibat pandemik yang sedang melanda.

Penyerahan sumbangan untuk guru-guru PASTI dan SRITI telah di sempurnakan oleh Yang Dipertua PAS ( YDP) Kawasan Port Dickson, Abdul Fatah Zakaria bertempat di Pasti Al Mukmin Springhill, Port Dickson.

Program edar bakul makanan ini turut dihadiri oleh Ketua Lajnah Kebajikan PAS Port Dickson, Khidir Zakaria yang juga merupakan salah seorang penyelaras bagi setiap 5 DUN di Port Dickson.

Manakala, individu yang terjejas edaran terus dibuat ke rumah masing- masing dengan bantuan Ahli Jawatan Kuasa PAS yang terlibat, kata Khidir.

Tambah beliau lagi, selain daripada bakul makanan turut diagihkan barangan basah berupa 120 ekor ayam mentah yang diterima daripada Pekasih Negeri Sembilan untuk di masak sempena kedatangan Aidiladha esok.

YDP berasa lega dengan serahan bantuan yang dihulurkan dengan berkata “Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban dan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha buat mereka pada tahun ini walaupun diuji dengan ujian Covid-19”.

YDP menyeru kepada para dermawan yang ingin menyumbang dengan menghulurkan sumbangan terus melalui akaun PAS Kawasan Port Dickson : 05020000275717 (Rujukan : Tabung Bencana Covid) dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️