Home Berita PAS Terengganu

Peranan Wanita Menentukan Hala Tuju Negara

10
SHARE

TEMERLOH – Islam memberi ruang kepada wanita, bukan sahaja hak dirinya tetapi juga hak bernengara, oleh itu mereka juga berperanan menentukan hala tuju negara.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam konteks politik, undi lelaki dan perempuan sama tiada beza.

“Apa yang penting pada keseluruhan, kena balik kepada Islam, kena balik kepada agama. wanita perlu memperkukuhkan aqidah, dalam aqidah ekonominya, dalam aqidah siasah(politik)nya, dalam setiap aspek,” terangnya.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Wanita Sejahtera 2.0 yang diadakan di Kompleks Al Makmur di sini pada sabtu 18 Januari.

Dengan menganalogikan sebatang, katanya binalah benih yang baik dengan penyiraman, baja, pengairan dan sebagainya.

“Dan bila benih baik dijaga dengan baik, pokoknya akan naik subur, ingat musuh akan datang, pokok yang baik kena ada pagar supaya dia tidak diceroboh oleh musuh,”

“pagar itulah namanya syariat, syariat yang mengawal manusia, insya Allah dengan adanya pagar yang kukuh, peraturan syariat yang baik, undang-undang yang baik, sistem yang baik barulah pokok itu akan mengeluarkan buah yang baik iaitu akhlak yang baik, bila mana aqidah yang baik, ibadahnya baik, syariatnya baik, maka lahirlah natijah yang baik, “jelasnya lagi.