🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Pendekatan Syariat Berperingkat : Kejayaan Pentadbiran Islam Negeri

KUALA TERENGGANU – Pentadbiran Islam di peringkat negeri telah menunjukkan kejayaan besar dalam melaksanakan prinsip syariat secara berperingkat, dengan fokus kepada pentadbiran bersih, adil, dan berkebajikan.

Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan ini berjaya menarik sokongan rakyat dan meningkatkan kepercayaan terhadap sistem pentadbiran Islam yang berintegriti.

“Tunaikan kewajipan yang ada di bawah bidang kuasa negeri dalam aspek hukum syariat merangkumi kerja kerja kebajikan dan pelaksanaan Islam berperingkat,

“Namun dapatmembuktikan hikmah pelaksanaan Islam menegakkan pentadbiran yang bersih, adil danberkebajikan kepada semua rakyat, pelaksanan Amar Makruf dan Nahi Munkar mengikut Istito’ah, pelaksanaan secara berperingkat.

“Takzir dahulu, diikuti Qisas dan Hudud,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika berucap dalam program Liqa Fikri di Kompleks Tarbiyah at-Taqwa, Batu Enam, pada Sabtu, 18 Januari.

Menurutnya, beliau menekankan kepentingan istiqamah dalam memperjuangkan Islam, mengelakkan sikap gopoh atau berputus asa, dan mengekalkan pendirian wasatiyyah yang penuh hikmah.

“Terdapat beberapakumpulan di kalangan umat Islam yang menjadi ujian, bukan sahaja kezaliman musuh iaitu kalangan musta’jilun (gopoh) sehingga berlaku ekstrim dalam tindakan mahukankemenangan yang cepat dan pelaksanaan Islam yang segera tanpa kebijaksaan sehingga membunuh perjuangan di tengah perjalanan.

“Kalangan yang lemah sehingga hanyut menjadi liberal atau berputus asa sehingga meninggalkan perjuangan, juga merosakkan perjuangan,” ujar beliau.

Pentadbiran Islam juga dilihat mengutamakan Amar Makruf Nahi Mungkar dengan memulakan pelaksanaan syariat melalui pendekatan Takzir, sebelum beralih kepada Qisas dan Hudud secara sistematik.

“Berjaya menyelesaikan masalah birokrasi pentadbiran dan salah laku rasuah, penipuan dankezaliman.

“Dapat dibandingkan di antara kita dan kerajaan yang bermasalah dan menipu.

“Jangan dianggap sama sahaja atau lawan lebih baik daripada kita,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru umat Islam agar terus beristiqamah di jalan perjuangan, mengutamakan kebijaksanaan dalam setiap tindakan, dan memastikan setiap langkah menuju ke arah pentadbiran Islam diberkati Allah SWT.

“Kita telah berjaya menunjukkan beberapa kejayaan di negeri dan Kawasan, serta meredakanketegangan di kalangan umat Islam yang masih ada kemanisan imannya,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️