Home Berita PAS Perlis

PASTI Negeri Perlis Anjur Bengkel JU Nurul Quran

3061
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Bertempat di Bilik Seminar UTC Perlis, telah berlangsung Bengkel Jurulatih Utama Nurul Quran PASTI Negeri Perlis pada 30 Disember 2017.

Program sehari anjuran PASTI Negeri Perlis ini telah disertai oleh seramai 30 orang guru PASTI dari seluruh negeri Perlis.

Nurul Quran adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran secara sistematik yang diperkenalkan oleh PASTI Malaysia, bertujuan membantu para murid membaca Al-Quran dengan baik seawal usia 4 tahun.

Antara objektif program adalah bagi memberi pendedahan kepada para guru berkenaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Nurul Quran (NQ) di samping memberikan bimbingan kepada para guru berkenaan penghasilan bahan bantu mengajar (BBM) serta kaedah mengajar NQ secara berkesan.

Meskipun berlangsung dalam masa yang singkat, para peserta ternyata teruja dengan penyampaian yang menarik dan berkesan oleh Puan Hjh Saadiah Abu Bakar, Ketua Majlis Guru PASTI Malaysia, yang bertindak selaku jurulatih pada program tersebut.

Beliau turut mengingatkan para peserta yang hadir agar bersedia mengembangkan kaedah NQ kepada seluruh warga PASTI, selain mempelbagaikan strategi PdP ke arah proses pembelajaran yang lebih menarik dan efektif.