NegeriTerengganu

Isu ‘Babi’ Yang Dipersenda ADUN BN, Kini Menjadi Ancaman

KUALA TERENGGANU – Isu babi berkeliaran di kawasan kampung, yang menjadi sindiran dan persendaan sebahagian wakil rakyat penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN), kini menjadi ancaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, kes ‘Japanese Encephalitis’ (JE) yang kini mula menular di dalam negeri Terengganu.

Katanya, ia tersebar melalui nyamuk ‘Culex’ dibawa melalui babi, yang persoalannya dikemukakan oleh ADUN Wakaf Mempelam pada Persidangan DUN pada 11 hingga 14hb Disember lalu.

“Tempohari dalam Persidangan DUN, YB Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, ada mengemukakan soalan berkenaan dengan masalah kehadiran ‘babi’ dalam kawasan beliau,

“soalan ini menjadi bahan sindiran sebahagian wakil rakyat penyokong kerajaan bagi menggambarkan soalan itu tidak perlu untuk di bawa dalam Dewan Undangan Negeri……kononnya, isu babi tidak penting,” ujarnya.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia itu berkata demikian dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman sosialnya, pada Sabtu 30 Disember.

Beliau berkeyakinan, perkara yang dibawa oleh wakil rakyat PAS yang berpengalaman itu, amat penting dan sangat tahu keperluan yang perlu diutamakan untuk perhatian pihak kerajaan.

Sehubungan itu, satu surat dilampirkan beliau menyatakan, siasatan lapangan ekoran kes penyakit ‘zoonotik’ tersebut oleh pihak Pejabat Kesihatan Kuala Nerus, ada kaitan dengan kehadiran ‘khinzir’ di kampung Mengabang Telipot.

Justeru itu, beliau menggesa agar penularan wabak itu perlu dimaklumkan kerajaan secara terus kepada rakyat.

“agar kebersamaan antara pihak berkuasa dan rakyat dapat menanggani isu ini secara bersama (dan ia) perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan.

“Kes ini memberi gambaran, kehadiran babi mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk,” tegas beliau.

Beliau turut berpesan agar penduduk DUN Tepoh khususnya ‘orang Mengabang Telipot’ agar berwaspada.

Berita berkait sebelum ini;Penyakit JE; Kerajaan Perlu Bertindak Segera!Babi Hutan Berkeliaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️