Home Berita PAS Pahang

Masih guna air sungai selepas 61 tahun merdeka

934
SHARE

 

Seperti yang dinyatakan dahulu, Dun Tahan yang diwakili Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin merupakan kawasan terbesar dan paling ulu di Pahang.

 

Mengelilingi dalam Dun sahaja membolehkan kita melakukan Solat Qasar dan jamak kerana jaraknya yang jauh.

 

Semalam (20 September) Ustaz Zakhwan berangkat lagi bagi meninjau kawasan paling terasing ‘puncak air leleh’ yang diwakilinya.

 

“Sampai ke Kg. Bukit Mat Daling sekitar jam 12 tengahari. Selepas solat Zuhur terus pergi meninjau lokasi dan paip air masyarakat bagi penduduk Kg. Pulau Besar@Tanah Mindah, Bukit Mat Daling yang masih bergantung kepada Projek Air Masyarakat (Gravity Feed System)yang puncanya dari Ulu Sg. Kancing,” tulisnya dalam laporan mayanya.

 

Katanya, jJarak dari masjid ke kaki empangan air tersebut memakan masa satu jam perjalanan.

 

“Saya dimaklumkan oleh penduduk, bermula dari hujung bulan Febuari hingga kini mereka telah terputus bekalan air tersebut. 19 buah rumah yang menggunakan air itu terpaksa menadah air hujan dan memunggah air sungai untuk kegunaan harian.

 

“Insya Allah, saya akan panjangkan masalah ini kepada pihak berwajib dengan kadar yang segera. Saya juga ambil kesempatan untuk singgah ke Pejabat Operasi Ladang PKNP Agro-Tech dan bertemu dengan Penolong Pengurus dan kakitangannya.

 

“Sekitar pukul 6 petang bergegas ke Kg. Gusai. Selepas solat Maghrib, menyampaikan Ceramah Ma’al Hijrah disamping mengadakan solat hajat dan meraikan 2 orang pelajar SK Gusai yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2018 pada hari Isnin ini. Semoga dikurniakan oleh Allah kecemerlangan dunia dan akhirat buat mereka berdua”.