Bakri calon Perikatan Nasional- PAS kerusi N14 Klebang

Oleh ABU NUHA TANGGA BATU, 7 Nov: Yang Di Pertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin telah dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS yang akan bertanding di DUN N14 Klebang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan bermula minggu hadapan. Ini berdasarkan pengumuman calon-calon bagi mewakili Perikatan Nasional yang telah dibuat oleh pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan...

Keputusan pemilihan JK Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023

KUALA NERUS: Berikut ialah keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 yang diadakan di Duyong Marina Resort di sini, hari ini. Keputusan itu diumumkan oleh wakil Jawatankuasa Pemilih, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman. Menurutnya, sebanyak 1,299 layak mengundi dan undi diterima 1,221 melalui e-voting. Naib Presiden Idris Haji Ahmad, YB Senator Ustaz Haji (1,164 undi) Mohd Amar Abdullah, YB...

Pertahankan perdamaian yang telah dibina

Oleh : ABU HADIF KULAI, 7 Nov : Dalam sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS semalam, perwakilan dari Johor telah menegaskan untuk PAS bersama mempertahankan pendamaian yang telah dibina. Ustaz Mohd Ruslami Mohd Salleh yang mewakili perwakilan Johor sebagai pembahas Usul Terima Kasih dan Ucapan Dasar juga turut membacakan firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 9, (وَإِن طَاۤىِٕفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ ٱقۡتَتَلُوا۟ فَأَصۡلِحُوا۟...

PAS Padang Terap giat misi operasi cuci rumah mangsa banjir

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN PADANG TERAP, 7 Nov - PAS Padang Terap dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Nerang turun bersama dalam misi operasi mencuci rumah mangsa banjir di kampung Perik, Selasa lalu. Operasi yang bermula jam 9.00 pagi diketuai oleh Yang Di Pertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz dan ADUN Kuala Nerang, YB Hj.Munir@Yusoff Zakaria. "Berat...

PAS, UMNO dan Bersatu perlu berpadu benam DAP

KUALA NERUS, 7 NOVEMBER - PAS, UMNO dan Bersatu perlu bersama memperkukuhkan Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional agar mampu menyatukan politik dan umat Melayu-Islam. Perwakilan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim menegaskan, terutamanya di Pulau Pinang, ketiga-tiga parti amat penting untuk duduk bersama mengambil kembali kerajaan. “Seterusnya membenamkan DAP dan Pakatan Harapan di bumi Pulau Pinang khususnya" “Sekiranya...

Mantapkan tarbiyah dengan ilmu

Oleh AISHAH NUR KEPALA BATAS, 7 NOVEMBER - Semua pimpinan dan ahli PAS diseru untuk terus memantapkan tarbiyah dengan menambah dan mempertingkatkan ilmu, ujar Presiden PAS Dato' Seri Haji Hadi Awang. Beliau dalam ucapan perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-67 berkata kekuatan roh memerlukan tarbiyah. "Maka perlunya kita menghadiri usrah, liqa’ fikri serta perbincangan yang akan meningkatkan ilmu dan aqidah" "Dengan ini akan menguatkan...

Kaum India di Tanjung Dawai terima sumbangan Deepavali

Oleh ANA NAJWA BEDONG, 7 Nov – Seramai 10 keluarga masyarakat India disini menerima sumbangan dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai sempena perayaan Deepavali, Selasa lalu. Majlis serahan sumbangan bertempat di Surau Taman Harmoni disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Ust Hanif Ghazali. Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memperuntukkan sebanyak RM135 ribu kepada masyarakat berbangsa India bersempena...

PAS Merbok edar bantuan barangan dapur kepada 70 keluarga

MERBOK, 7 Nov - Seramai 70 buah keluarga telah menerima sumbangan barangan dapur dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sungai Lalang, baru-baru ini. Program ini merupakan sebuah inisiatif murni yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Merbok dan  PAS Cawangan Sungai Lalang demi meringankan beban masyarakat sekitar yang memerlukan. Bantuan berupa pek makanan serta barangan dapur tersebut disampaikan oleh YDP PAS Kawasan...

Penguasaan politik Melayu-Islam tejejas sekiranya ummah berpecah

OLEH: ROZAIDI TAIB SUNGAI PETANI, 6 NOV– Penguasaan politik Melayu-Islam tejejas sekiranya ummah berpecah dan survival bangsa melayu kian terancam walaupun menjadi kaum terbesar di negara ini. "Berdasar keputusan dalam pilihanraya yang lalu, kalau umat Islam masih tidak bersatu, kita Nampak kepimpinan di peringkat negeri dan pusat bakal jatuh  ke pihak yang salah dan menjadi ancaman kepada kaum melayu yang menjadi...

PAS kekal sebagai ejen penyatuan ummah

OLEH: ROZAIDI TAIB SUNGAI PETANI, 6 NOV– Peranan PAS kekal selaku ejen penyatuan pelbagai pihak demi untuk melihat kedudukan politik yang stabil dan keutuhan perpaduan sesama rakyat di Malaysia,  disamping mengekalkan tonggak Melayu-Islam kekal mentadbir negara ini. "Selaku ejen penyatuan, PAS akan sentiasa berpegang dengan tiga prinsip utama seperti yang digariskan dalam ucapan dasar Tuan Guru Presiden PAS iaitu adil untuk...