Home Rencana PAS Johor

Selamat kembali ke sekolah -PAS Kulai

104
SHARE

Selamat Kembali Ke Sekolah

عَنْ أَبَا الدَّرْدَاءِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Abu Darda RA berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barang siapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (HR Abu Daud No: 3157) Status: Hadis Sahih

Tuntutlah Ilmu kerana ianya akan memandu kita ke arah memilih perkara yang benar dan dijauhi segala perkara yang tidak betul.

Terlalu banyak kebaikan kepada seseorang penuntut ilmu. Jadi jangan sia-siakan peluang ketika menuntut ilmu.

Berusahalah untuk menuntut ilmu bukan sekadar di sekolah sahaja, bahkan di mana-mana tempat yang boleh memberi pengetahuan kepada kita.

PAS Kawasan Kulai mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar yang memulakan sesi persekolahan bermula hari ini setelah lama tempoh masa mereka mengadakan sesi pembelajaran secara maya.

Mudah-mudahan para pelajar dapat menekuni sesi pembelajaran secara bersemuka walaupun pelaksanaan pembelajaran tidak diadakan seperti sebelum ini iaitu kehadiran penuh di dalam kelas. Apa pun bersamalah kita menjaga SOP agar kita terhindar dari musibah yang sedang melanda ketika ini.

Didoakan agar semua pelajar dan murid dapat melaksanakan pembelajaran dan pengajaran secara baik dan mendapat ilmu dan pengetahuan untuk terus membimbing ummah.

Siiru ala barakatillah

RAHIMI MUHAMMAD

Pengerusi

Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Kulai

8 November 2021 | 03 R’akhir 1443H