Home Berita PAS Kedah

Gotong-Royong bersama penduduk Kg Ulu Dulang

146
SHARE

Oleh ANA NAJWA

YAN, 8 Nov – Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit turun melaksanakan aktiviti gotong-royong melibatkan kerja menambahbaik sistem perparitan bagi menghadapi banjir bersama penduduk Kg Ulu Dulang, Yan, semalam.

Menurut kenyataan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai, tindakan susulan pasca bencana kepala air tempoh hari perlu disegerakan memandangkan pada waktu ini negeri Kedah sedang menghadapi musim hujan lebat.

“Hujan lebat yang berterusan dikhuatiri akan meningkatkan paras air di sungai-sungai berhampiran seterusnya membahayakan keselamatan penduduk sekitar, terutama penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai.

“Gotong-royong membersihkan perparitan ini dijalankan bagi memastikan saliran air dapat mengalir dengan baik dan lancar,” ujar Ustaz Sabri Azit.

Turut hadir dalam aktiviti tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai, Ustaz Mohd Azhar Yusof, Ahli Jawatankuasa Masjid Ulu Dulang Kecil dan wakil Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)