JPrD Klebang ziarah kasih Pak Yusof

Oleh : Kamil Saufee TANGGA BATU, 22 Nov : JPrD PAS Klebang telah mengadakan ziarah kasih ke atas seorang aktivis PAS, Pak Yusof di Taman Rambai Utama di sini, tengah hari tadi. Pak Yusof, 80, yang juga merupakan As-Sabiqun PAS telah mengalami patah tangan setelah jatuh di rumah beliau baru-baru ini. Sedikit sumbangan dan buah tangan telah disampaikan oleh Pengarah JPrD Klebang,...

Rencana : Bajet 2021 – Ujian buat 222 Ahli Parlimen menghormati titah nasihat YDPA

Oleh : Abu Harith 6 NOVEMBER merupakan tarikh keramat buat negara apabila Menteri Kewangan Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM322.5 bilion. Selepas sesi pembentangan bajet ini, pelbagai pihak memberikan respons yang pelbagai berdasarkan apa yang telah dibentangkan oleh beliau. Sesi pembentangan bajet kali ini pastinya menjadi tumpuan dan...

Saya pandang serius isu pencemaran Sungai Punggur – KM Melaka

  Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 22 Nov : "Saya memandang serius isu pencemaran Sungai Punggur, Paya Redan yang didakwa berpunca daripada pelepasan sisa kumbahan dari ladang ternakan lembu milik persendirian selain ternakan ayam di sebuah kilang berhampiran." Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam satu hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi. Menurut beliau, hal...

PAS Tangga Batu bantu Sepanggar

Oleh : Kamil Saufee TANGGA BATU, 22 Nov : PAS Kawasan Tangga Batu telah menyerahkan sumbangan wang tunai kepada PAS Kawasan Sepanggar di sini, pagi tadi. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membantu PAS Kawasan Sepanggar dalam mengumpul dana bagi membeli air minuman bersih untuk diagihkan kepada mereka yang terputus bekalan air dalam kawasan PKPD. Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu,...

KM Melaka turun padang tinjau sendiri hakisan ombak

Oleh : Zul Sham Mahat MASJID TANAH, Nov 22 : Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali telah turun padang untuk meninjau sendiri masalah hakisan ombak yang melanda Kampung Baru dan Kampung Telok Gong pagi semalam. Beliau berkata bahawa siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti jika berlaku mendapan tanah yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya di sebatang...

Tiada Kemuliaan Tanpa Ketaatan Kepada Allah

ARAU : Manusia yang berusaha mencari kemuliaan pada jalan yang lain daripada jalan ketaatan kepada Allah sebenarnya adalah golongan yang terpedaya dengan tipu daya syaitan, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis Ustaz Massaudi Hj Din.

Tahniah rakyat Melaka patuh SOP – KM Melaka

Oleh : Zul Sham Mahat MASJID TANAH, 22 Nov: Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Melaka kerana mematuhi SOP dalam usaha mengekang pandemik Convid-19. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sepatah dua kata dalam siri turun padang bersama penduduk Dun Kuala Linggi, di Masjid Al-Hasaniah Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam. Tambah Ketua...

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

LARANGAN MENJUAL ARAK DI KEDAI RUNCIT DAN KEDAI SERBANEKA KEPUTUSAN TERBAIK(22 November 2020) Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) menyokong penuh keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat tradisional Cina menjual arak kecuali bagi tujuan ubatan tradisional. Meskipun peraturan ini...

JAMNP Pahang terima penghargaan dari kerajaan negeri

Bukit Tinggi 22Nov -7 orang anggota telah diraikan dalam Majlis Penghargaan, Penganugerahan Dan Pengiktirafan NGO yang telah Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail pada malam semalam bersama sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan lain. Majlis ini telah dianjurkan...

NGO PKMS Bantu Guru Pasti Diragut

Asri menyampaikan sumbangan kepada Guru Pasti Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi WANGSA MAJU : Pengerusi Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS), Mohamad Asri Abdul Wahid hari ini menyampaikan sumbangan kepada seorang guru wanita PASTI Wangsa Maju yang telah menjadi mangsa ragut. Beliau telah diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan sendirian...