Home Artikel PAS Melaka

Saya pandang serius isu pencemaran Sungai Punggur – KM Melaka

189
SHARE

 

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 22 Nov : “Saya memandang serius isu pencemaran Sungai Punggur, Paya Redan yang didakwa berpunca daripada pelepasan sisa kumbahan dari ladang ternakan lembu milik persendirian selain ternakan ayam di sebuah kilang berhampiran.”

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam satu hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut beliau, hal ini dapat dilihat menerusi program Lawatan ke DUN Ayer Molek hari ini yang turut disertai oleh EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka yang juga ADUN Ayer Molek, YB Datuk Rahmad bin Mariman.

“Dalam lawatan mengejut di sepanjang sungai dan ladang ternakan berhampiran, saya turut melibatkan semua ketua agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Pegawai Daerah Jasin untuk menyimpulkan langkah penyelesaian terbaik serta tindakan penguatkuasaan yang boleh dibuat untuk memastikan masalah pencemaran bau dan air diatasi segera.

“Saya memberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk isu pencemaran air dan bau di Sungai Punggur Paya Redan diselesaikan,” ujar beliau di dalam hantaran tersebut.

Kredit foto : Facebook rasmi Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali’


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)