Home Artikel PAS Melaka

PAS Tangga Batu bantu Sepanggar

204
SHARE
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Hi Rafie Ahmad

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 22 Nov : PAS Kawasan Tangga Batu telah menyerahkan sumbangan wang tunai kepada PAS Kawasan Sepanggar di sini, pagi tadi.

Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membantu PAS Kawasan Sepanggar dalam mengumpul dana bagi membeli air minuman bersih untuk diagihkan kepada mereka yang terputus bekalan air dalam kawasan PKPD.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad, beliau telah melancarkan kutipan sebaik mendapat maklumat daripada seorang sahabat beliau yang merupakan aktivis PAS Sabah.

“Kita terus melancarkan kutipan dalam kalangan AJK PAS Kawasan dan ahli PAS sebaik menerima teks whatsapp dari sahabat saya yang juga terlibat dengan PAS Sabah.

“Alhamdulillah kita dapat mengumpulkan sejumlah wang dalam masa dua hari dan kita telah serahkan ke tabung kebajikan PAS Kawasan Sepanggar pagi tadi”, kata Rafie.

Turut memberi sumbangan, Yang Dipertua PAS Kawasan, Bakri Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat, Anida Haron dan beberapa orang AJK serta ahli PAS Kawasan Tangga Batu.

Wang sumbangan ini diserahkan secara dalam talian kepada akaun Bank Islam PAS Kawasan Sepanggar pagi tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)