Home Artikel PAS Pahang

JAMNP Pahang terima penghargaan dari kerajaan negeri

363
SHARE

Bukit Tinggi 22Nov -7 orang anggota telah diraikan dalam Majlis Penghargaan, Penganugerahan Dan Pengiktirafan NGO yang telah Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail pada malam semalam bersama sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan lain.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Negeri Pahang bersama Kerajaan Negeri Pahang bagi meraikan Dan memberi penghargaan kepada NGO-NGO yang telah terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam tugasan mengahadapi pandamik Covid19 di Negeri Pahang.Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang juga merupakan salah satu jabatan yang menerima jemputan dan penghargaan dari kerajaan negeri Pahang.

NGO – NGO ini merupakan barisan hadapan dalam membantu kerajaan Negeri Pahang dan Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Pahang dalam misi Kebajikan kemasyarakatan.

Sebagainya salah satu badan yang terlibat dalam dunia kemasyarakatan,
JAMNP mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKM Dan Kerajaan Negeri atas penghargaan yang diberikan. JAMNP juga berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk berkhidmat berada dibarisan hadapan bagi mengahadapi pandamik Covid19 ini.

Hadir sama YB Dato ‘ Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsudin ,Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang dan YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.