Home Artikel PAS Wilayah

NGO PKMS Bantu Guru Pasti Diragut

189
SHARE

Asri menyampaikan sumbangan kepada Guru Pasti

Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU : Pengerusi Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS), Mohamad Asri Abdul Wahid hari ini menyampaikan sumbangan kepada seorang guru wanita PASTI Wangsa Maju yang telah menjadi mangsa ragut.

Beliau telah diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan sendirian di sebatang lorong di Jalan Balau, Taman Setapak di sini 19 November lalu.

Pada jam 8 pagi hari kejadian, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an, dihampiri suspek yang menunggang motosikal dari arah bertentangan dan memakai helmet.

Menurut sumber, pembonceng motosikal itu kemudian turun lalu merampas beg tangan mangsa sebelum suspek memecut melarikan diri.

Mangsa kemudiannya telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Gombak.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa memaklumkan kerugian lebih RM800 selepas beg tangannya diragut suspek berkenaan.

Asri turut meminta pihak polis membuat rondaan di sekitar Jalan Balau, Taman Setapak agar perkara sebegini tidak berulang terutama dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.