Home Artikel PAS Melaka

Tahniah rakyat Melaka patuh SOP – KM Melaka

291
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 22 Nov: Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Melaka kerana mematuhi SOP dalam usaha mengekang pandemik Convid-19.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sepatah dua kata dalam siri turun padang bersama penduduk Dun Kuala Linggi, di Masjid Al-Hasaniah Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.

Tambah Ketua Menteri Melaka itu lagi, Negeri Melaka adalah antara tiga negeri terbaik dalam soal pematuhan kepada SOP yang mana ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Norhisham Abdullah.

Dalam ucapannya itu beliau turut menggesa agar umat Islam terus bersatu dan menjaga silaturahim kerana perbalahan akan membawa kepada perpecahan.

Di akhir ucapannya beliau telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM5 ribu untuk Masjid Al-Ehsaniah selain turut menyampaikan sumbangan untuk pegawai syarak dan AJK Masjid selepas memberi ucapan.

Sebelum itu beliau bersama penduduk kampung menunaikan solat Subuh berjemaah yang dipimpin oleh Imam-2 Ustaz Mohamad Najib Mohd Norani dan seterusnya mendengar kuliah Subuh yang disampaikan Ustaz Dr Fakeh.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman dan beberapa orang pimpinan PAS tempatan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)