ADUN sumbang kerusi roda kepada pesakit barah otak
Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN. KUALA NERANG, 3 Julai 2021 : YB.Tuan Hj.Munir@ Yusoff Zakaria ADUN Kuala Nerang dan isteri sempat menziarahi pesakit barah otak di Kampung Bakong, Kuala Nerang. Turut hadir, YDP PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Majid, AJK PKWR Kuala Nerang Ibrahim Ahmad dan Pengerusi JPKK Kampong Bakong, Nazri Sharif. Sehari sebelumnya, Yb mendapat berita tentang Puan Azliza...
Bakul makanan parlimen Jerai akan digerakkan secepat mungkin
Oleh NORJULIANA YAACOB JERAI - Bakul makanan yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan mula diedarkan pada minggu hadapan. Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata, peruntukan bakul makanan bernilai RM300,000 yang diumum oleh Perdana Menteri kepada setiap Ahli Parlimen baru sahaja diterima. "Kita baru sahaja menerima peruntukan berkenaan dan kerja-kerja pembungkusan sedang giat dijalankan," katanya. Menurut YB Ustaz Sabri, edaran bakul makanan...
Ibu tunggal sara anak kelainan upaya
Oleh WAN AMIRUL POKOK SENA, 3 Julai : Keperitan hidup seorang ibu tunggal di Padang Hassan di sini, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim. Pn Selasiah bt Mat Isa (43) menjaga anaknya Muhammad Khairul Naim bin Ismail (15) yang dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Kehidupan keluarga ini lebih teruji apabila suaminya yang menjadi tulang...
Anak Muda Kampung Kumpul Dana Sumbangan PKP.
PADANG TERAP, 3 Julai : Kerana sifat ingin membantu dan tidak lihat sahaja membuatkan pemuda PAS Cawangan Kg Masjid Lama turut membantu menyediakan sumbangan bagi meringankan beban penduduk kampung kerana tidak dapat bekerja disebabkan PKP bagi mengekang penularan covid 19. Mereka anak-anak Muda PAS, di cawangan mengerakkan inisiatif membuat kutipan sesama mereka, lebih RM2000 dikumpulkan bagi membantu penduduk kampung. Sungguh terharu...
S.O.P 2 DOS VAKSIN : PAS KAWASAN PUTATAN SYOR KAJI SEMULA
Oleh : Nursam Mohammad 3 Julai 2021 PUTATAN - PAS Kawasan Putatan mengesyorkan agar pihak JHEAINS mempertimbangkan semula syarat ahli jemaah masjid perlu "TELAH LENGKAP MENGAMBIL 2 DOS VAKSIN COVID-19" sebelum dibenarkan hadir ke masjid bagi tujuan solat fardhu dan solat Jumaat. Naib Yang Di Pertuanya, Tuan Haji Khairan Untoh dalam kenyataan media berkata, Mengambil kira statistik pencapaian terkini Program Imunisasi Covid-19...
Tabung Covid-19 PAS Kuantan ceriakan golongan terkesan
Oleh: ABU LUQMAN KUANTAN, 3 Julai :: Sebaik sahaja pengumuman penguatkuasaan PKP 3.0 oleh pihak kerajaan, PAS Kawasan Kuantan telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Pandemik Covid-19 bagi membantu mereka yang terkesan. Tabung ini telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan, Yang Berhormat Ustaz Rosli Bin Abdul Jabar yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur. Tabung di bawah seliaan Lajnah...
Bantuan Covid-19 dah sampai – PAS Kawasan Hulu Langat
Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat Oleh : Umar Al-Hayawi Hulu Langat | Selalunya bantuan disampaikan hanya di tempat yang memudahkan penyampainya untuk mengedarkan bantuan. Kawasan seperti pedalaman kampung kadang-kadang tidak diberi perhatian. PAS Kawasan Hulu Langat telah menyalurkan bantuan kepada beberapa tempat di sekitar kawasan Hulu Langat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 tidak kira kawasan pedalaman...
Lawatan Khidmat Malaysia Kedah meyantuni sukarelawan Amal di PPV Kulim
KULIM- Petugas Jabatan Amal yang ditempatkan sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah Kulim menerima kunjungan dari jawatankuasa Khidmat Malaysia Negeri Kedah. Ketua Penyelaras Bantuan Khidmat Malaysia Negeri Kedah, Ustaz Mosoddak Ahmad tiba untuk menyerahkan sumbangan berupa makanan dan wang tunai kepada 30 orang petugas Jabatan Amal Kawasan Padang Serai dan Kulim Bandar Bharu di PPV tersebut di sini,...
JAMK Bangi sampaikan barangan dapur kepada mangsa Covid – JAMK Bangi
"Beramal Kerana Allah" | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Oleh : Umar Al-Hayawi Bangi | "Berpeluh juga ya pakai PPE ni", itulah ucapan JAMK Bangi setelah mencuba sendiri PPE yang juga merupakan pakaian harian para frontliners negara kita. Lepas cuba baru tahu, betapa susahnya kerja mereka dengan nak menanggung kata-kata segelintir netizen yang kadang-kadang menyalahkan mereka punca kes Covid-19 meningkat. Jabatan Amal...
Mustajabnya doa orang susah – Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor
Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Oleh : Us Shafie Ngah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Orang yang diuji dengan kesusahan, kepayahan dan kesakitan adalah pilihan Allah. Sudah tentu ada hikmah di sebaliknya. Mereka ini disebut sebagai dhuafa'. Doa para dhuafa' mustajab. Sabda Nabi SAW; هل تنصرون وترزقون الا بضعفاءكم "Ketahuilah, kemenangan kamu akan dipermudahkan dan rezeki...