Home Berita PAS Kedah

Bakul makanan parlimen Jerai akan digerakkan secepat mungkin

17
SHARE

Oleh NORJULIANA YAACOB

JERAI – Bakul makanan yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan mula diedarkan pada minggu hadapan.

Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata, peruntukan bakul makanan bernilai RM300,000 yang diumum oleh Perdana Menteri kepada setiap Ahli Parlimen baru sahaja diterima.

“Kita baru sahaja menerima peruntukan berkenaan dan kerja-kerja pembungkusan sedang giat dijalankan,” katanya.

Menurut YB Ustaz Sabri, edaran bakul makanan berkenaan akan diberikan kepada mereka yang layak.

“Pusat Khidmat Parlimen Jerai akan bekerjasama dengan agensi lain seperti PKOB, masjid dan NGO berkaitan bagi memudahkan proses pemberian kepada mereka yang berkelayakan.

“Namun begitu, peruntukan Bakul Makanan masih lagi terhad memandangkan ramai rakyat yang memerlukan ekoran keadaan ekonomi keluarga mereka yang terjejas teruk akibat PKP,” katanya.

Tambah YB Ustaz Sabri, diharapkan dengan pemberian sumbangan bakul makanan ini dapat meringankan beban rakyat.