Home Berita PAS Kedah

Lawatan Khidmat Malaysia Kedah meyantuni sukarelawan Amal di PPV Kulim

52
SHARE

KULIM- Petugas Jabatan Amal yang ditempatkan sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah Kulim menerima kunjungan dari jawatankuasa Khidmat Malaysia Negeri Kedah.

Ketua Penyelaras Bantuan Khidmat Malaysia Negeri Kedah, Ustaz Mosoddak Ahmad tiba untuk menyerahkan sumbangan berupa makanan dan wang tunai kepada 30 orang petugas Jabatan Amal Kawasan Padang Serai dan Kulim Bandar Bharu di PPV tersebut di sini, hari ini.

Musoddak dan rombongan kemudiannya diberi taklimat tugasan sukarelawan Jabatan Amal di PPV tersebut oleh Mohd Saifuddin Hassan selaku ketua penyelaras petugas Jabatan amal di situ.

Beliau yang juga merupakan Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Kemasyaratan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menzahirkan penghargaan kepada Khidmat Malaysia negeri Kedah atas sumbangan tersebut turut berkongsi kisah ragam masyarakat yang hadir untuk menerima suntikan Vaksin Covid-19 sejak bertugas di PPV tersebut memasuki hari ke-14.

Rombongan turut dibawa bertemu wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Noorsyukilla Samsudin yang memberi laporan berkaitan perkembangan semasa PPV tersebut serta dibawa melawat ke tempat pemberian Vaksin , melihat perjalanan gerak kerja yang bermula dengan semakan individu yang hadir menggunakan aplikasi MySejahtera, pendaftaran melalui borang, seterusnya ke kaunter pengesahan pihak Doktor ssbelum akhirnya menuju ke bilik suntikan Vaksin.

Turut hadir, Khairun Nizar Ismail, Setiausaha Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kedah serta beberapa anggota Khidmat Malaysia negeri Kedah.