Home Berita PAS Pahang

Tabung Covid-19 PAS Kuantan ceriakan golongan terkesan

61
SHARE

Oleh: ABU LUQMAN 

KUANTAN, 3 Julai :: Sebaik sahaja pengumuman penguatkuasaan PKP 3.0 oleh pihak kerajaan, PAS Kawasan Kuantan telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Pandemik Covid-19 bagi membantu mereka yang terkesan.

Tabung ini telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan, Yang Berhormat Ustaz Rosli Bin Abdul Jabar yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur.

Tabung di bawah seliaan Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kuantan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada ahli PAS di semua peringkat serta mendapat sokongan serta dokongan daripada orang ramai yang prihatin terhadap situasi yang sedang melanda.

Menurut Pengerusi LKK PAS Kawasan Kuantan Nawi Bin Abdullah, sebanyak RM46,850.00 telah berjaya dikumpulkan dan 922 keluarga telah menerima bantuan daripada inisiatif itu.

Beliau menyeru ahli-ahli PAS dan seluruh warga Kuantan untuk terus menyumbang ke tabung ini agar bantuan dapat terus disalurkan kepada golongan yang terkesan.

Kepada yang ingin turut membantu, anda boleh membuat pindahan terus wang sumbangan ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Kuantan di nombor akaun 06019010004895 atau hubungi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kuantan ditalian 0179376839 atau 0129467711.