Home Berita PAS Kedah

Anak Muda Kampung Kumpul Dana Sumbangan PKP.

46
SHARE

PADANG TERAP, 3 Julai : Kerana sifat ingin membantu dan tidak lihat sahaja membuatkan pemuda PAS Cawangan Kg Masjid Lama turut membantu menyediakan sumbangan bagi meringankan beban penduduk kampung kerana tidak dapat bekerja disebabkan PKP bagi mengekang penularan covid 19.

Mereka anak-anak Muda PAS, di cawangan mengerakkan inisiatif membuat kutipan sesama mereka, lebih RM2000 dikumpulkan bagi membantu penduduk kampung.

Sungguh terharu atas keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan tindakkan sebegini bukan di cawangan Kg Masjid Lama sahaja, bahkan seluruh cawangan pemuda PAS di Kawasan Padang Terap mula menggerakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan sepanjang PKP tanpa menunggu kibaran bendera putih.

Mereka tak banyak duit, kerja biasa-biasa saja, tapi mereka memanfaatkan kesemua platform media sosial untuk mengutip dana sumbangan, “group whatsapp kampung” meriah dengan senarai-senarai penyumbang.

Pemuda Cawangan Kg Masjid Lama Naka Daerah Padang Terap hari ini telah menyantuni hampir 20 buah rumah di Kg Masjid Baru. Ustaz Nurul Amin Hamid selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Terap turut meluangkan masa bersama sebagai tanda sokongan diatas inisiatif yang digerakan.