Home Berita PAS Selangor

Bantuan Covid-19 dah sampai – PAS Kawasan Hulu Langat

18
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Selalunya bantuan disampaikan hanya di tempat yang memudahkan penyampainya untuk mengedarkan bantuan. Kawasan seperti pedalaman kampung kadang-kadang tidak diberi perhatian. PAS Kawasan Hulu Langat telah menyalurkan bantuan kepada beberapa tempat di sekitar kawasan Hulu Langat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 tidak kira kawasan pedalaman kampung atau di pekan.

Menurut laporan, mereka telah berpecah kepada dua team Amal kebajikan. Satu team yang dipimpin oleh sdr Hishamuddin, mengiringi NGO Azhar Care untuk memberi bantuan barangan dan kewangan di sekitar Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra. Manakala satu pasukan lagi masuk kampung di Sg Kembong, Jalan 6 kaki dan Kampung Pajam yang diketuai oleh sdr Shafarin selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Hulu Langat.

Wakil ketiga kampung telah menunggu ketibaan team kebajikan ini. Alhamdullilah sumbangan daripada penderma budiman telah disampaikan kepada wakil tersebut untuk diagihkan kepada penerima sumbangan yang memerlukan. “Esok dah PKPD di mukim Hulu Langat ini.Semoga dengan sedikit sumbangan bahan makanan ini dapat ringgankan beban mereka yang terkesan”, kata mereka.

Sedih hati bila dapat tahu ada yang sakit dan kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19 ini yang tak tahu bilakah akan berakhir. Moga Allah memudahkan urusan kita semua dan meringankan beban yang ditanggung.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor