Home Berita PAS Selangor

Mustajabnya doa orang susah – Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

17
SHARE

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Us Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

Orang yang diuji dengan kesusahan, kepayahan dan kesakitan adalah pilihan Allah. Sudah tentu ada hikmah di sebaliknya.
Mereka ini disebut sebagai dhuafa’. Doa para dhuafa’ mustajab.

Sabda Nabi SAW;

هل تنصرون وترزقون الا بضعفاءكم

“Ketahuilah, kemenangan kamu akan dipermudahkan dan rezeki kamu akan dipermurahkan dek kerana doa yang diungkapkan oleh para dhuafa’ di kalangan kamu”

Hadith riwayat Imam Bukhari daripada riwayat Sa’ad bin Abi Waqqas, yang dipetik daripada ayahandanya sendiri (radiyaLlahu anhuma).

Para dhuafa’ adalah mereka yang susah dan memerlukan bantuan, seperti orang papa, orang dilingkari hutang, miskin melarat orang kurang upaya, anak-anak yatim, sakit terlantar, ibu tunggal kekurangan pendapatan, dikuarantin akibat wabak dan lain-lain lagi.

Percayalah, doa dan permintaan mereka kepada Allah mudah diperkenankan lantaran kerendahan diri mereka, keikhlasan, ketulusan redha dan ketabahan mereka.

Justeru, Islam mengajak kita supaya terus menyantuni dan membantu mereka. Jangan sekali-kali meremehkan mereka.
Ingat, doa mereka tajam sekali. Allah boleh menjadikan doa mereka sebagai asbab kesenangan dan kemenangan sebuah perjuangan.

Foto : Program penyampaian sumbangan kepada 40 keluarga di perumahan bertingkat Sri Tanjung, Seksyen 7 Bdr Baru Bangi yang sedang ber-kuarantin diri akibat Covid-19.

Petugas Jabatan Amal Bangi diamanahkan untuk menyampaikan sumbangan yang dibuat atas inisiatif Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan sekumpulan para dermawan di sekitar sini.

Antara barang yang disampaikan kepada setiap satu keluarga ialah 2 ekor ayam, set barang dapur (kering) dan sayur-sayuran. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih kepada para dermawan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor