Home Berita PAS Selangor

JAMK Bangi sampaikan barangan dapur kepada mangsa Covid – JAMK Bangi

20
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | “Berpeluh juga ya pakai PPE ni”, itulah ucapan JAMK Bangi setelah mencuba sendiri PPE yang juga merupakan pakaian harian para frontliners negara kita. Lepas cuba baru tahu, betapa susahnya kerja mereka dengan nak menanggung kata-kata segelintir netizen yang kadang-kadang menyalahkan mereka punca kes Covid-19 meningkat.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi bersama Skuad Prihatin Bangiku telah diamanahkan untuk menyampaikan sumbangan bekalan makanan kering dan basah kepada mangsa Covid-19.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban para mangsa dan menzahirkan rasa kebersamaan pihak terlibat dengan mengsa yang disantuni.

Agihan kali ini dijalankan di Flat Seri Tanjung, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Turut hadir bersama ialah Jawatankuasa surau flat tersebut bagi melancarkan lagi proses pengagihan dilakukan.
“Terima kasih tidak terhingga kepada Jabatan Amal menghulurkan bantuan, kerana bukan semua orang sanggup turun naik flat bawa barang-barang ini semua dengan pakai PPE,” ujar wakil jawatankuasa surau.

JAMK Bangi berterima kasih kepada para penderma yang bermurah hati. Semoga semua yang terlibat sentiasa diberikan kemudahan dalam setiap urusan mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor