Home Berita PAS Sabah

S.O.P 2 DOS VAKSIN : PAS KAWASAN PUTATAN SYOR KAJI SEMULA

138
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad
3 Julai 2021

PUTATAN – PAS Kawasan Putatan mengesyorkan agar pihak JHEAINS mempertimbangkan semula syarat ahli jemaah masjid perlu “TELAH LENGKAP MENGAMBIL 2 DOS VAKSIN COVID-19” sebelum dibenarkan hadir ke masjid bagi tujuan solat fardhu dan solat Jumaat.

Naib Yang Di Pertuanya, Tuan Haji Khairan Untoh dalam kenyataan media berkata, Mengambil kira statistik pencapaian terkini Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga 1 Julai 2021, jumlah vaksinasi pertama di Negeri Sabah pada tahap 9.8% adalah terendah di seluruh Malaysia.

Menurutnya, PAS Kawasan Putatan menzahirkan kerisauan dan berpandangan bahawa syarat tersebut (“telah mengambil lengkap 2 dos vaksin Covid-19”) adalah sukar untuk dipenuhi.

Justeru, PAS Kawasan Putatan mencadangkan agar ;
i. Melonggarkan syarat telah lengkap 2 dos suntikan vaksin untuk solat berjemaah di masjid
ii. Membenarkan jumlah minimum jemaah hadir ke masjid bersamaan 1/3 mengikut kapasiti ruang masjid.
iii. Memperluaskan kebenaran kepada surau-surau (dengan SOP had kapasiti jemaah yang bersesuaian) untuk melaksanakan solat Jumaat bagi menampung terhadnya ruang dalam masjid.
iv. Keutamaan vaksin 2 dos diberikan kepada 12 orang ahli jawatankuasa masjid terdiri dari Imam, Bilal dan AJK masjid dan surau yang terpilih.
v. Meneruskan pengawalan secara lebih ketat dengan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, mewajibkan membawa kelengkapan solat sendiri, pemakaian ‘hand sanitizer’, serta penggunaan aplikasi MySejahtera.

Tegasnya, PAS Kawasan Putatan sangat memandang tinggi segala usaha dan kerja keras pihak JHEAINS bagi memastikan maqasid syariah dipenuhi demi kemaslahatan umat Islam

“Saya yakin para jemaah akan memanfaatkan kelonggaran ini dengan penuh disiplin serta memenuhi SOP yang telah digariskan.”

Akhirnya, PAS Kawasan Putatan menyeru semua warga Parlimen Putatan untuk bersama-sama bekerjasama bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini.

“Dalam era pandemik ini, peranan kita dalam menyampaikan dakwah dan tarbiah Islam perlu diperkasakan, dan bersama berusaha mencari cara terbaik agar rakyat dapat mengimarahkan rumah Allah yakni masjid semula.”