Dari Aduan Ke Tindakan: Kamarol Ridzuan Bela Isu Rakyat Paroi
Bila rakyat sebut “YB tak nampak”, ramai tak tahu berapa kali sebenarnya isu kampung dibawa terus ke Dewan Undangan Negeri. Ini rekod rasmi Hansard — bukan janji kempen, bukan cerita FB.
Bersuara 169 Kali, 20 Soalan Rasmi, 8 Kategori Isu
Sepanjang 2023-2025, Hj Kamarol Ridzuan bersuara 169 kali dan mengemukakan 20 soalan rasmi merangkumi 8 kategori isu tempatan Paroi di Dewan Undangan Negeri Sembilan. (Sumber: Hansard DUN Negeri Sembilan)
Isu Yang Diulang, Bukan Sekali Sebut Lepas Tu Senyap
@kamarolridzuan Isu Anjing Terbiar Dibawa ke Sidang DUN Aduan rakyat mengenai isu anjing terbiar bukan sekadar didengari, malah telah saya bawa dan bangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mencari penyelesaian yang lebih berkesan. Komitmen saya jelas, setiap suara rakyat adalah amanah yang akan terus diperjuangkan sehingga mendapat perhatian dan tindakan daripada pihak berkaitan. #HjKamarolRidzuan #ParoiKitoJago #NismilanKitoJago #perikatannasional #nismilan ♬ Let the day end without a score – Astral Sound Temple
- Anjing liar — dibangkitkan 4 daripada 5 sidang DUN (2023-2025), sehingga keputusan pelupusan dibuat April 2025. Baca rekod penuh
- Pelantikan AJK Masjid — soal proses JHEAINS, celah lanjut desak isu diselesaikan tuntas selepas jawapan pertama tak memuaskan. Baca rekod penuh
- Tangki air rosak — desak SAINS jelaskan status Taman Exora & Pinggiran Senawang. Baca rekod penuh
- MyKiosk & Arked Senawang — minta laporan status sebenar selepas kemudahan nampak terbiar. Baca rekod penuh
- Peruntukan belia — dedah peruntukan dipotong RM1 juta, soal layanan tak sama rata kerusi pembangkang. Baca rekod penuh
- Kualiti alam Sendayan — soal keselamatan kawasan padat penduduk. Baca rekod penuh
- Trafik Taman Tuanku Jaafar — cadang kawalan trafik segera selepas kesesakan bertambah teruk. Baca rekod penuh
- Jualan bir 5% — soal jualan berleluasa di kawasan majoriti Islam. Baca rekod penuh
- Pokok berisiko tumbang — amaran sejak Disember 2023, diulang 3 kali Nov 2024 sebelum isu jadi tumpuan ramai. Baca rekod penuh
Corak Yang Sama: Aduan Kecil, Dibawa Serius
Dari isu anjing liar sehingga kualiti udara, satu benang merah jelas — isu yang nampak “kecil” di media sosial sebenarnya dibawa berulang kali ke platform rasmi tertinggi peringkat negeri. Bukan semua kerja wakil rakyat kelihatan di Facebook.
Sumber: Rekod Penyata Dewan (Hansard) rasmi DUN Negeri Sembilan 2023-2025.