KelantanNegeri

Kelate Mega Fun Run Himpun lebih 4,000 peserta, jayakan larian 4.2 km

KOTA BHARU, 16 September – Lebih 4,000 peserta memeriahkan Kelate Mega Fun Run 2026 yang berlangsung sejauh 4.2 kilometer (km) di pekarangan AEON Mall Kota Bharu, hari ini.

Program berkenaan menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan usia dalam aktiviti riadah yang turut mengetengahkan elemen kekeluargaan, kesihatan dan patriotik sempena sambutan Hari Malaysia.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad berkata, sambutan menggalakkan itu membuktikan rakyat Kelantan mempunyai minat tinggi terhadap aktiviti sukan.

“Program ini membuktikan sukan bukan sekadar pertandingan atau mengejar kemenangan, tapi menyatukan masyarakat pelbagai lapisan usia.

“Berjalan, berjoging kita dapat lahirkan masyarakat yang aktif. Sukan bukan sahaja untuk atlet tetapi untuk semua,” katanya ketika merasmikan Kelate Mega Fun Run 2026, hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️