Betul Ke YB Paroi ‘Tak Nampak’? Ini 4 Daripada 5 Sidang DUN
Nota: Isu ini dibangkitkan Hj Kamarol Ridzuan, ADUN Paroi, semasa menjalankan tugas rasmi sebagai wakil rakyat di sidang Dewan — direkodkan rasmi dalam Hansard, bukan tuduhan yang diungkit selepas tempoh perkhidmatan. Rekod berdasarkan Hansard setakat tarikh sidang berkenaan; sekiranya ada perkembangan/penyelesaian lanjut selepas itu, ia tertakluk kepada kenyataan terkini pihak berkuasa.
Bukan Aduan Baru — 4 Daripada 5 Sidang Disebut
Isu anjing liar bukan sekali dua diselitkan dalam ucapan Dewan — ia dibangkitkan Hj Kamarol Ridzuan, ADUN Paroi, dalam 4 daripada 5 sidang DUN Negeri Sembilan antara Disember 2023 hingga Disember 2025. Aduan berulang datang dari Taman Bandar Senawang, Taman Lavender Heights, Taman Pinggiran Senawang, Taman Senawang Perdana dan Taman Tuanku Jaafar — penduduk dikejar, digigit, malah haiwan peliharaan turut mati diserang.
Bukti Bukan Sekadar Cakap Di Dewan
Pada 27 Ogos 2024, seorang pekerja pemasangan kren, Mohd Ridzuan Zainudin, 47, jatuh dari motosikal dan cedera parah (terpaksa dimasukkan besi) apabila seekor anjing liar tiba-tiba melompat ke arahnya di Taman Bandar Senawang. Hj Kamarol Ridzuan sendiri turun melawat mangsa di Hospital Tuanku Jaafar dan menegaskan kepada media: “Saya telahpun membawa isu anjing liar ini sebanyak dua kali dalam sidang DUN Negeri Sembilan, namun masih lagi belum nampak apa-apa keberkesanan tindakan MBS.” Beliau turut mendedahkan aduan SISPAA berkaitan isu ini “berlarutan lebih dari dua tahun” tanpa penyelesaian.
@kamarolridzuanIsu Anjing Liar Perlu diMuktamatkan segera demi menjamin keselamatan masyarakat. ♬ original sound – YB Hj Kamarol Ridzuan – Hj Kamarol Ridzuan
Masih Berlaku Sehingga Kini (Sinar Harian, 25 Okt 2025)
Pada 25 Oktober 2025, penduduk Taman Pinggiran Senawang sekali lagi resah — anjing liar masuk rumah, pecah sangkar, membunuh burung dan ayam peliharaan pada jam 3 pagi. Seorang lagi penduduk mendakwa anaknya dikejar anjing liar semasa membasikal ke kedai sehingga jatuh dan cedera. Penduduk mendakwa aduan kepada PBT tidak mendapat respons.
Skala Sebenar — Bukan Isu Kecil
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sendiri melaporkan 600 ekor anjing liar telah ditangkap setakat Mei 2025, dengan hotspot merangkumi Ampangan-Sikamat-Paroi dan Senawang-Sungai Gadut — mengesahkan kawasan DUN Paroi antara yang paling teruk terjejas. Selepas isu ini terus dibangkitkan dalam DUN, kerajaan negeri memperuntukkan RM324,000 khas untuk menangani masalah anjing liar.
Selepas keputusan Dewan April 2025 untuk pelupusan anjing liar di kawasan berkenaan, Hj Kamarol Ridzuan bangkit semula pada sidang Disember 2025 (Hansard, ms 265) meminta data pelaksanaan sebenar kerana 6 bulan berlalu rakyat masih tidak nampak hasil — termasuk laporan terbaru dari kawasan Masjid Taman Tuanku Jaafar. Beliau turut memohon dibenarkan hadir mesyuarat MBS untuk membantu menyelesaikan isu ini secara langsung, dan mencadangkan orang awam atau sukarelawan dibenarkan membantu menguruskan anjing liar di kawasan-kawasan yang memerlukan tindakan segera.
Sumber: Rekod Penyata Dewan (Hansard) rasmi DUN Negeri Sembilan (rujukan muka surat disertakan di atas) · HarakahDaily, 28 Ogos 2024 · Sinar Harian (rujukan dilink dalam artikel di atas).
Kes Sebenar, Bukan Andaian
Dalam ucapan di Dewan (30 April 2025), Kamarol Ridzuan mendedahkan kes sebenar mangsa anjing liar di Paroi — seorang lagi mangsa mengalami patah tulang rusuk dan kebocoran paru-paru akibat kemalangan mengelak anjing liar, manakala dua hari sebelum itu, seorang kanak-kanak di Taman Pinggiran Senawang digigit anjing liar sehingga hampir memerlukan kemasukan hospital.
Bukan Sekadar Bangkit Isu — Cadang Penyelesaian
Cadang Kerjasama Korporat (ESG)
Beliau turut mencadangkan program pengurusan populasi anjing liar diperbesarkan skala dengan kerjasama Syarikat Awam Tersenarai (PLC) di bawah komitmen ESG (Environmental, Social, Governance), selaras dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).
Sumber: Kenyataan rasmi Hj Kamarol Ridzuan, ADUN Paroi, 30 April 2025.