MyKiosk Berkarat — YB Paroi Desak Laporan Status Sebenar Kemudahan Ini
Nota: Isu ini dibangkitkan Hj Kamarol Ridzuan, ADUN Paroi, semasa menjalankan tugas rasmi sebagai wakil rakyat di sidang Dewan — direkodkan rasmi dalam Hansard, bukan tuduhan yang diungkit selepas tempoh perkhidmatan. Rekod berdasarkan Hansard setakat tarikh sidang berkenaan; sekiranya ada perkembangan/penyelesaian lanjut selepas itu, ia tertakluk kepada kenyataan terkini pihak berkuasa.
PAROI — Data rasmi kata 90% MyKiosk “dibooking”. Realiti di lapangan? Kurang 30% sebenarnya digunakan — jurang yang mendorong Hj Kamarol Ridzuan, ADUN Paroi, menuntut laporan status fizikal sebenar kemudahan ini di Dewan.
MyKiosk Berkarat, Data Rasmi Tak Padan Realiti
Data rasmi menunjukkan 426 unit MyKiosk telah dipasang di seluruh negeri, dengan 394 unit (90%) “dibooking”. Namun tinjauan sendiri YB Paroi di beberapa lokasi — termasuk Gunung Angsi, Bukit Putus dan Taman Senawang Perdana (13 unit baru dihantar Jun) — mendapati kurang 30% sebenarnya digunakan, malah sudah berkarat. Hj Kamarol Ridzuan meminta laporan status fizikal sebenar kemudahan ini (Hansard, Ogos 2025, ms 21 & 41-42).
Bukan Sekadar Bangkit Isu — Cadang Penyelesaian
Arked Senawang Sunyi
Arked Senawang turut gagal menarik pengunjung dan peniaga. Beliau mencadangkan kajian punca kegagalan serta intervensi seumpama model Kenari Lane, Subang Jaya, untuk menghidupkan semula kawasan ini (Hansard, November 2024, ms 68-69).
Cadangan “Nafas Baru” PAKAR Paroi
Untuk PAKAR Paroi (hab pengedaran dan pasar tani kekal), Hj Kamarol Ridzuan mencadangkan “nafas baru” — latihan digital, program pemasaran dan bimbingan usahawan bagi merancakkan semula ekonomi tempatan (Hansard, November 2024, ms 115).
Sumber: Rekod Penyata Dewan (Hansard) rasmi DUN Negeri Sembilan, Ogos 2025 ms 21 & 41-42, November 2024 ms 68-69 & 115.
Foto: Utusan Online, dikongsi oleh Hj Kamarol Ridzuan di Facebook (22 September) — "Sidang DUN yang lepas saya tegur berkenaan isu ini, namun belum ada apa-apa tindakan dari pihak berwajib."
@kamarolridzuan Terdapat beberapa MyKiosk tidak berpenghuni dan dibiarkan lusuh-Penempatan perlu di tempat yang strategik.
♬ original sound – YB Hj Kamarol Ridzuan – Hj Kamarol Ridzuan
- K — Khidmat Masyarakat
- I — Infrastruktur & Kemudahan Awam
- T — Tekanan Kos Sara Hidup
- O — Oportuniti Ekonomi & Pekerjaan
- J — Jaminan Mengutamakan Rakyat
- A — Amanah & Integriti
- G — Generasi Muda & Keluarga
- O — Operasi & Perkhidmatan Setempat

- Betul Ke YB Paroi ‘Tak Nampak’? Ini 4 Daripada 5 Sidang DUN
- Safety Shield Rakyat Paroi: Bila 30 Tahun Kepakaran Keselamatan Bawa Isu Rakyat Ke Dewan
- Anjing Liar Serang — Kenapa Isu Ni Belum Selesai Juga?
- “Apa Orang Kata Tentang Sey?” — Kamarol Ridzuan Kongsi Testimoni Penduduk Paroi
- Kamarol Ridzuan Ranking #3/36 ADUN N9 — Belanja RM190 Ribu Sendiri Bantu Rakyat
- “Bom Jangka” Depan Rumah — Isu Pokok Tinggi Paroi-Senawang-Ampangan
- Tiga Hari Tanpa Air — YB Paroi Desak SAINS Jelaskan Tangki Rosak Taman Exora
- Kamarol Ridzuan Soal Keselamatan Kualiti Alam Sendayan Berhampiran Kawasan Padat Penduduk
- “Dah 2 Meninggal Kat Situ” — Amaran Pokok Tumbang Sejak 2023
- Kesesakan Taman Tuanku Jaafar Bertambah Teruk — Kamarol Ridzuan Cadang Kawalan Trafik Segera
- ADUN Paroi beri amaran awal risiko kemalangan:Jalan Persiaran Senawang 2 & Jalan Paroi–Senawang
- Haji Kamarol Ridzuan Persoal Isu Tanah Mendap, Cerun Runtuh Dan Pencemaran Udara
- Amaran Sejak 2023:Haji Kamarol Ridzuan Bangkit Isu Pokok Tinggi Dan Jalan Rosak Sebelum Nyawa Melayang