NegeriTerengganu

Teruskan Amalan Ramadan

Oleh: Fatimah DinFoto: Media Rhu Rendang Sejahtera

MARANG β€” Aidilfitri bukan sekadar perayaan meraikan kemenangan berpuasa, tetapi medan memperkukuh azam untuk terus istiqamah dalam beramal.

Ketua Muslimat PAS DUN Rhu Rendang, Faridah Omar, menegaskan bahawa berakhirnya Ramadan bukan penamat kepada amalan yang telah dibina, sebaliknya menjadi titik permulaan untuk meneruskan kebaikan dalam kehidupan seharian.

β€œRamadan telah berlalu, namun amalan yang telah kita laksanakan tidak seharusnya ditinggalkan. Sebaliknya, ia perlu diteruskan dalam kehidupan seharian sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT,” ujar beliau.

Faridah berkata demikian ketika dihubungi mengulas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Rhu Rendang yang berlangsung meriah di Pantai Peranginan Kelulut di sini pada 29 Mac lalu.

Beliau turut melahirkan rasa syukur terhadap komitmen tinggi semua pihak yang menjayakan program tersebut, khususnya jawatankuasa pelaksana serta pengendali gerai yang tampil kreatif dengan hiasan ceria dan menarik perhatian.

β€œAlhamdulillah, kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua jawatankuasa dan gerai-gerai yang dihias dengan penuh keceriaan benar-benar menceriakan lagi sambutan pada kali ini,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️