TMT Pacu Gerak Kerja Menuju Kejayaan
KUALA NERUS β Gerak kerja PAS Terengganu berada pada landasan tepat menerusi pelaksanaan pelan tindakan strategik Teguh Memimpin Terengganu (TMT) yang dilaksanakan secara menyeluruh termasuk di kawasan Kuala Nerus, melibatkan semua peringkat DUN dan cawangan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Datoβ Dr Alias Razak berkata, pelaksanaan TMT berjalan sebagaimana dirancang dan mengikut garis masa yang ditetapkan.
βAlhamdulillah, semua perancangan yang digariskan dalam TMT telah mula bergerak dan menunjukkan perkembangan positif hasil pemantauan dilakukan di setiap peringkat,β jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui pihak media, semalam.
Tambah Dr Alias, jentera parti kini berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya yang dijangka dalam masa terdekat.
βSemua jentera di peringkat Unit Daerah Mengundi (UDM) boleh dikatakan sudah siap hampir 100 peratus.
βJika pilihan raya diadakan pada bila-bila masa, insya-Allah kita berada dalam keadaan bersedia,β ujarnya.
Oleh itu, beliau yakin PAS mampu mempertahankan Kuala Nerus, bahkan Negeri Terengganu, sekiranya momentum kerja semasa terus dikekalkan.
Dalam masa sama, Dr Alias melihat sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri masih kuat, berdasarkan beberapa kayu ukur dan soal selidik yang dibuat.
βkehadiran yang menyarankan sokongan memberangsangkan dalam program-program masyarakat seperti jamuan Hari Raya.
βKehadiran yang lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelumnya menunjukkan satu gambaran positif bahawa rakyat masih bersama kita,β jelas beliau.
Mengulas pendekatan kebajikan, beliau menegaskan bantuan dan ziarah diberikan tanpa mengira latar belakang politik.
βKita tidak pilih parti. Sama ada PAS, Umno atau mana-mana, jika mereka memerlukan bantuan, kita akan bantu. Fokus kita adalah kepada golongan susah, sakit dan memerlukan,β katanya.
Tambahnya, program ziarah yang dilaksanakan secara konsisten melalui Jabatan Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan pimpinan kawasan dilihat memberi kesan positif, apabila tiada penolakan daripada masyarakat setempat.
Selaun itu, beliau turut memaklumkan bahawa isu-isu rakyat seperti permohonan rumah dan tanah ditangani secara telus dan mengikut kelayakan, tanpa sebarang unsur pilih kasih.
βSetakat ini, tiada isu besar yang tidak dapat diselesaikan. Kita serahkan kepada pihak berkaitan untuk kemukakan masalah dan insya-Allah kita akan cuba selesaikan sebaik mungkin,β ujarnya.