NegeriTerengganu

PAS Dungun Kehilangan Petugas Gigih

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – PAS Kawasan Dungun kehilangan seorang petugas yang bersemangat kental dan gigih di dalam melaksanakan arahan parti tanpa mengira penat lelah.

Ketua Penerangan PAS Dungun menyingkap kembali sikap Allahyarham Alwai Darsid,55 tidak akan duduk diam sehinggalah kerja yang diamanahkan terlaksana dengan sebaiknya.

“Walaupun kesihatannya telah terganggu sejak sekian lama, tapi itu bukanlah alasan untuknya beristirahat di rumah,” cerita beliau yang amat merasai pemergian Ketua PAS Cawangan Alor Rekam itu.

Menurut Cikgu Alias, di dalam kepayahan, Allahyarham masih ‘gagah’ demi untuk mengangkat Islam di tempat selayak.

“Allahyarham yang merupakan ketua cawangan Alor Rekam sangat ‘komited’ dan  sentiasa mengambil berat anak buahnya serta wala’ kepada arahan pimpinan,” ujar beliau yang menghargai kesungguhan Allahyarham membantu kerja-kerja Islam.

Beliau yang sedang mengikuti ucapan pimpinan di Munaqasyah Ucapan Dasar di Kuala Nerus telah bergegas ke Hospital Sultanah Nor Zahirah setelah mendapat perkhabaran tersebut pada 26 Januari.

Manakala Ketua Muslimat PAS Alor Rekam, Hamimah Sidek memberitahu, minggu lepas Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana keadaannya yang sangat lemah akibat diserang pelbagai penyakit.

“Sejak masuk hospital, Pok Awi makin sehari, semakin lemah dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di hospital,” jelasnya yang dihubungi di sini.

Menurutnya, Allahyarham telah meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan tiga orang cucu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️