SabahBerita

Murid PASTI berani di pentas

Oleh : Nur Marlyannah Umar
16 Ogos 2026, Ahad

LAHAD DATU : Alam Ria PASTI Lahad Datu 2026 berlangsung meriah dengan menampilkan bakat hebat anak-anak PASTI di pentas, pagi tadi.

Program ini menjadi medan untuk mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta memupuk keberanian anak-anak tampil di hadapan khalayak.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Lahad Datu, Tan Chin Khoon. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa anak-anak PASTI perlu mempunyai keberanian untuk tampil di pentas, di samping membina keyakinan diri dan mengasah potensi yang ada.

Beliau turut memberi penekanan terhadap penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sebagai asas penting dalam pendidikan anak-anak. Menurut beliau, kecemerlangan bukan hanya diukur melalui bakat, tetapi turut bergantung kepada penguasaan ilmu dan kemahiran asas.

Kemuncak Alam Ria PASTI Lahad Datu menyaksikan PASTI Al-Hidayah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan, sekali gus membuktikan kesungguhan, komitmen dan bakat anak-anak serta para guru dalam menjayakan setiap acara yang dipertandingkan.

Turut hadir, Ketua Cawangan PAS Aman Jaya, Landari Labobo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ