NegeriTerengganu

Kurikulum Dan Silibus PASTI Berdaya Saing

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Kurikulum dan silibus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sentiasa berdaya saing dengan pra sekolah yang lain berkenaan pendidikan kanak – kanak seawal usia empat hingga enam tahun.

Ketua Penerangan PAS Dungun, Cikgu Alias Harun berkata, pengajaran di PASTI yang menekankan agama jika dibandingkan dengan pusat pendidikan pra-sekolah yang bercambah sekarang.

β€œTahniah kepada guru-guru yang sentiasa istiqamah di dalam memberi pendidikan yang terbaik buat pelajar mereka, tanpa mengira imbuhan yang diperolehi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan majlis sumbangan untuk pelajar PASTI di Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah pada Jumaat, 25 Januari.

Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi MTD DUN berkata, tidak hairan PASTI menjadi pilihan ibubapa sekarang.

” Di DUN Rantau Abang ini ada 10 buah PASTI yang mana dua baru memulakan sesi persekolahan 2019 iaitu PASTI Tok Kah dan PASTI Taman Permint Indah,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, beliau melahirkan rasa bangga kepada Jawatankuasa pemuda DUN yang sentiasa mengambil cakna gerak kerja guru PASTI.

β€œ(Kami) prihatin (kebajikan) guru yang (telah) berpenat lelah dalam memastikan kejayaan anak-anak di awal pra-pendidikan persekolahan ini,” katanya.

Tambah Ustaz Fadhil, seramai lima orang pelajar PASTI daripada setiap DUN yang tidak berkemampuan mendapat pengecualian daripada membayar yuran untuk bulan Februari, Mac dan April.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️