Majoriti PH Dijangka Menurun Di Seri Setia
KUALA TERENGANU – Majoriti kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya keci Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka menurun berbanding pada pilihan raya umum lalu.
Ahli Jawatakuasa PAS Bukit Besi, Mohd Noor Azian berkata, sokongan kepada PAS meningkat berdasarkan solkongan yang ditunjukkan oleh para pengundi.
“Saya berkeyakinan tinggi kerana melihat sokongan padu dari pengundi Sri Setia Kepada PAS sepanjang kempen merayu undi,
“tiada mustahil untuk PAS menang, kalau tidak menang sekalipun majoriti Ph akan berkurang,” ujarnya.
Beliau yang sedang ‘berkampung’ di DUN tersebut berkata demikian ketika dihubungi semakam, pada 7 September.
Menurutnya antara faktor utama yang berpihak kepada PAS ialah rakyat sudah mula sedar, telah ditipu dengan janji-janji dan omongan kosong.
“Sudah mula terbit kesedaran dikalangan rakyat bahawa pakatan harapan hanya menjanjikan bulan dan bintang,
“danlebih memilukan semenjak pemerintahan Ph kedudukan Islam dan Melayu semakin tergugat,” julasnya.
Menurutnya, apa yang lebih memeranjatkan, pengundi India sudah menyatakan kesediaan untuk mengundi PAS ketika merayu undi.
Beliau turut memaklumkan bahawa petugas dari Bukit Besi merupakan golongan kelima dari Parlimen Dungun yang bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sri Setia.
Seramai empat orang telah ditugaskan ke sana dari Dewan Undangan Bukit Besi bermula dati tarikh 4 September sehingga hari penggundian 8 September.
Turut bertugas Ketua Muslimat DUN Bukit Besi, Zakiah Alias, Wakil Pemuda Pas Bukit Besi, Aizat Fauzi, Serta Wakil Ameerah Bukit Besi, Nur Lailatul Kama.