NegeriTerengganu

Petugas Tangani Bersama Ujian Yang Menimpa

KUALA TERENGGANU – Ribut yang melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam Isnin lalu, di tangani bersama sebaiknya oleh petugas PAS dan kerajaan negeri Terengganu.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan PAS cawangn menangani ‘ujian’ yang dihadapi mangsa mangsa tersebut.

Katanya, begitu jelas kelihatan pada hari kejadian, walaupun lewat petang mereka masih bertungkus lumus membantu sekadar mampu bagi mengelakkan rumah di masuki air hujan.

“kejadian pada 3hb September lalu menyebabkan banyak rumah rosak teruk samada di hempap pokok ataupun atap nya di terbang angin kuat,

“kejadian ini begitu pantas dan saya amat berterima kasih pada pihak DUN yang mengarahkan MPKK mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan keadaan yang agak sukar dan cemas ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas Majlis Penyerahan Sumbangan sebanyak RM50,000.00 oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menampung sedikit sebanyak bebanan mangsa ribut berkenaan tersebut, di Wisma Darul Iman, semalam 6 September.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, sebanyak 642 buah rumah di kenal pasti terlibat dalam kerosakan akibat ribut membabitkan 33 MPKK.

Oleh itu, Kerajaan Terengganu berterima kasih kepada kerajaan Kelantan di atas bantuan kewangan tersebut untuk membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat bencana ribut.

“Mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang telah menghantar wakil bagi menyerahkan sumbangan ini yang akan disalurkan terus kepada Tabung Darul Iman bagi membantu mangsa ribut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️