NegeriTerengganu

Fahami Sejarah Hayati Kebenaran

KUALA TERENGGANU – Yang Dipetua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, menyeru seluruh rakyat negeri ini agar meningkatkan kehafaman dan penghayatan kepada sejarah para pejuang kemerdekaan tanah air.

Katanya, ada sejarah yang sejarah yang ditulis oleh penjajah, tidak mendedahkan peristiwa sebenar, bahkan menyeleweng dari segi faktanya.

“pun begitu kita juga perlu mengetahui bebrapa perkara tentang sejarah yang telah pun diselewengkan ataupun sejarah yang tidak disebut dengan cara yang sebenar,” jelasnya.

Antaranya, kata beliau, ialah sejarah tokoh kemerdekaan Terengganu perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong, seorang Tok Guru yang membuka pondok pengajian agama Di Hulu Terengganu.

Sebaliknya kata beliau, Abdul Rahman Limbong yang juga pejuang kepada para petani, di label sebagai ‘pengganas’ dan didakwa melakukan pemberontakan.

“rupanya Haji Abdul Rahman Limbong ini adalah pejuang yang menentang dan mempertahankan kemasukan Inggeris ke negeri Terengganu,

“pondok beliau membuka pengajian umum pada setaip Jumaat, ramai anak murid dari seluruh negeri, ada yang bermusafir sehari semalam, untuk datang menunutut ilmu agama,” tambahnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Asal Usul Terengganu, sempena Bulan Kemerdekaan di Dewan Batu Bersurat, Muzium Terengganu, dekat sini pada Selasa 28 Ogos.

Turut hadir dan menjadi panel Forum tersebut ialah Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Kamaruzaman Yusof dan Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat, Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor.

Justeru katanya, sejarah adalah merupakan suatu perkara yang sangat bernilai , yang perlu diketahui oleh generasi sekarang ini dan akan datang, yang akan melahirkan rasa kasih sayang kepada negeri Terengganu.

Beliau berkata, peristiwa sejarah yang berlaku dan telah berlaku yang tidak boleh dipadamkan oleh sesiapa pun dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun

“Samada kita suka ataupun tidak sejarah tetap sejarah dan setiap genrasi yang lahir tumbuh di negara dan negeri perlu mengetahui dan juga menguasai tentang sejarah negeri Terengganu Darul Iman ‘

“Dan kita akan menjadi seorang warganegar yang benar-benar hebat, mempunyai semangat untuk mempertahankan (setiap) seinci pun kedaulatan bumi Terengganu dan negara Malaysia kita ini,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️