Tragedi Angin Ribut AMBS; Terkini Lebih 123 Rumah Rosak
Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN – Angin ribut yang begitu kencang petang semalam yang melanda bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) telah menyebabkan ratusan rumah dan sebuah sekolah rosak.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Ghazali Sulaiman berkata, bencana alam itu berlaku secara tiba-tiba ketika mana penduduk AMBS baru pulang bekerja.
“Kejadian berlaku dalam pukul 5 petang semalam…….dikenal pasti sehingga petang ini, lebih 123 buah rumah rosak,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi
Berita lanjut menyusul…..