Korban Perdana Menggamit Ramai Peserta
Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN- ‘Majlis Pertumpahan Darah Perdana Korban’ menggamit ramai peserta pada tahun ini dengan sebanyak 17 ekor Lembu telah dikorbankan.
Yang DiPertua PAS Dungun , Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyifatkan penganjuran kali pertama kerajaan baharu PAS itu berjaya.
“Alhamdulillah, saya hadir pada hari ini untuk bersama-sama dengan penduduk disini……..penyertaan sungguh yang menggalakkan dan perlu diterusan pada tahun mendatang,” ujarnya.
Beliau Berkata ketika ditemui pemberita di tapak program Korban Perdana yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau yang diadakan di Padang Megat, pada Rabu, 22 Ogos.
Ahli Parlimen Dungun itu juga berkata, ia akan menjadi kayu ukur kepada penganjuran yang lebih besar selepas ini.
“Kita berharap agar acara korban perdana ini dijadikan acara tahunan dan akan bertambah penyertaannya pada tahun akan datang,” kata beliau.
Oleh itu, beliau mengingatkan para penduduk, disebalik berlumba-lumba menyertai acara korban , yang paling penting ialah katanya, lakukanlah ia untuk meraih keredhaan Allah.
Turut hadir pada Majlis Korban Perdana itu ialah Pegawai Seranta Felda Terengganu, Naraza Muda, yang terlibat sama menjayakan program tersebut.
Beliau menyifatkan kejayaan penganjuran program ini adalah sat permulaan untuk rakyat melihat dan menilai prestasi PAS.
“adakah Parti Islam Semalaysia (PAS) mampu untuk menjayakan program-program besar bukan sahaja di peringkat Negeri malah di peringkat kampung-kampung.
“Ini tidak langsung akan merubah minda masyararat serta menambah keyakinan bahawa PAS adalah pilihan terbaik warga kampung, dalam membela nasib rakyat di Felda,
“yang pada masa kini dilihat kehilangan arah kerana penyelesaian pada masalah yang dihadapi oleh rakyat Felda tidak mampu ditangani oleh kerajaan Pakatan Harapan, ” tegasnya.