KelantanNegeri

Paip air mentah Sungai Bagan siap dibaiki lebih awal, bekalan pulih secara berperingkat

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media AKSB

KOTA BHARU, 2 Ogos – Kerja pembaikan paip air mentah yang bocor di HCW Sungai Bagan, Machang berjaya disiapkan lebih awal daripada jangkaan, sekali gus membolehkan pengeluaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong kembali beroperasi seperti biasa.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menerusi satu hantaran di laman media sosial pada Sabtu memaklumkan kerja pembaikan itu siap sepenuhnya pada jam 7.30, 31 Julai manakala pengeluaran air di LRA Merbau Chondong kembali normal pada pukul 3 pagi, hari ini.

“Bekalan air ke premis pengguna dijangka pulih secara berperingkat. Bantuan lori tangki AKSB dan operator negeri lain masih diteruskan hari ini bagi memastikan pengguna menerima bekalan air bersih,” menurut AKSB.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️