KelantanNegeri

Karnival Bachok Biz dan Food Fest 2026 rancakkan ekonomi, promosi usahawan tempatan

Oleh: Asri Hamat

BACHOK, 1 Ogos – Penganjuran Karnival Bachok Biz dan Food Fest 2026 merancakkan aktiviti keusahawanan serta mempromosikan produk dan lokasi di daerah ini kepada masyarakat, khususnya pengunjung dari luar Kelantan.

Sehubungan itu, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, program seumpama itu wajar diteruskan setiap tahun supaya menjadi sebahagian daripada kalendar aktiviti keusahawanan negeri dan mampu menarik kehadiran pelancong pada waktu tertentu.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak pengurusan yang berjaya menganjurkan karnival ini. Sudah tentu program ini memberi manfaat secara langsung kepada usahawan dan peniaga tempatan.

“Ia juga merupakan salah satu usaha kerajaan membantu mempromosikan produk dan lokasi kepada masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Karnival Bachok Biz dan Food Fest 2026, di Pasar Baru Jelawat di sini, hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️