91 Ekor Ibadah Korban dan Akiqah Perdana di MDQ
Oleh : Aziz Hambali
MARANG – Sebanyak 91 ekor lembu telah dikorbankan sempena Aidiladha di Maahad Darul Quran (MDQ) dekat sini, hari ini.
Mudirnya Ustaz Haji Yasin Haji Salleh mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana dapat menyambut hari raya aidiladha ini dan bersama-sama menyertai ibadah secara ‘berjemaah’.
“Alhamdulillah, di Maahad Darul Quran hari ini kita sembelih lembu korban sebanyak 46 ekor kambing dan 45 ekor lembu seterusnya menjadi jumlah keseluruhan (ialah) 91 ekor, akan disembelih kesemuannya hari ini.
“korban ini adalah untuk memberi makan kepada anak-ana MDQ yang menuntut ilmu disini sekitar 1000 orang lebih iaitu banin (lelaki 500 orang) dan banat (perempuan 600 orang).” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Korban dan Akikah Perdana MDQ di perkarangan asrama lelaki Maahad itu, pada Khamis 23 Ogos.
Sehubungan itu, beliau turut menyeru kepada para penyumbang yang muhsinin agar meneruskan ‘infaq fi-sabilillah’ mereka bagi membantu pembinaan MDQ.
“kini giat dilaksanakan bagi membina bangunan tiga tingkat untuk menyiapkan dewan memasak dan dewan umum…..anggaran kos yang diperlukan adalah RM15 juta,” jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Program Ustaz Haji Rozman Awang berkata, program dibuat secara tahunan itu bagi menampung perbelanjaan makanan sekolah agama rakyat it.
“Konsep yang dibuat oleh pihak MDQ ialah peserta akan mendapat saguhagi daging sebanyak dua kilogram dan yang selebihnya akan diberikan kepada pihak MDQ,
“untuk pelajar pelajar merasai daging kurban yang disumbangkan oleh orang ramai,” katanya.
Turut hadir dalam pada program itu ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Yang DiPertua PAS Marang Tuan Haji Yahya Bin Ali, merangkap ‘Speaker’ DUN Terengganu.