Golongan Muda Bangunkan Sektor Pertanian
SETIU – Golongan muda berpotensi untuk membangunkan bidang Pertanian terutama di DUN Jabi dibawah Program Sumber Rezeki Baru.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, kemajuan bukan hanya untuk perindustrian dan bandar baru tetapi memanfaatkan tanah yang boleh dimajukan dalam sektor pertanian.
“Pertanian adalah perniagaan. Pertanian bukan sahaja bercerita tentang ekonomi malah ia merupakan sumber makanan dan kita boleh maju dengan pertanian.,” ujarnya.
Beliau berkara demikian ketika berucap pada program Taklimat Peluang-peluang Pertanian untuk Belia dan Beliawanis, di balairaya Kampung Tok Dor, Jabi dekat sini.
Menurut ADUN Jabi itu juga berkata, ‘Program Agropreneur Muda’ contohnya, membuka peluang kepada belia dan beliawanis yang berumur 18 hingga 40 tahun menceburi bidang pertanian.
“Antara skop yang terdapat dibawah program ini adalah Pembangunan Industri Kopi, Tanaman Kluster Bunga dan Tanaman Ladang Organik serta banyak lagi,” tambah beliau.
Katanya, ‘Transformasi Graduate Programme’ akan diteruskan bagi membuka peluang untuk pelajar lepasan Universiti yang berminat dalam sektor terbabit.
Kehadiran belia yang ramai memenuhi ruang dewan balairaya tersebut, membuktikan minat anak muda dan kerajaan akan membantu untuk terus maju dalam bidang pertanian ini.
Pelbagai informasi tentang kursus dan latihan boleh dapatkan secara online melalui Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, di dedahkan dalam program tersebut.