Ribuan Rakyat Hadir Rumah Terbuka ADUN PAS
KUALA TERENGGANU – Ribuan rakyat menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS; Wakaf Mempelam, Teluk Pasu dan Tepoh, masing-masing pada hari Ahad 19 Julai.
ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim melahirkan sukacita atas kejayaan penganjuran program tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta para petugas yang teah bertungkus lumus.
“Secara keseluruhan majlis rumah terbuka DUN Teluk Pasu sempena Idulfitri 1436H pada hari ini telah berjaya dilaksanakan dan semuanya berjalan dengan lancar……….. Alhamdulillah…..Semua unit dan petugas-petugas,
“baik muslimin atau muslimat serta Pemuda dan Unit Amal telah memainkan peranan masing-masing dengan penuh gigih dan bersemangat dalam suasana ukhuwwah yang jitu dan mantap,”ujarnya
Bagi pihak Majlis Tindakan DUN, beliau mengucapkan jutaan terima kasih, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat, para tetamu yg datang memeriahkan lagi majlis rumah terbuka pada hari ini,”tambah beliau.
Manakala ADUN Tepoh, sebagaimana tahun lalu, telah menyediakan juadah istimewa ‘kambing golek’ bagi menjamu orang ramai yang hadir pada majlis yang diadakan di perkarangan rumha keluarganya di Mengabang Telipot.