KelantanNegeri

Rakyat diseru bangunkan tanah terbiar, perkasa sektor pertanian Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 26 Julai – Kerajaan Negeri Kelantan menyeru rakyat memanfaatkan tanah terbiar untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian bagi memperkukuh pengeluaran makanan dan merealisasikan hasrat menjadikan negeri itu sebagai jelapang makanan negara.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata usaha itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat, kerajaan dan jabatan teknikal bagi memastikan tanah yang masih belum diusahakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Kerajaan negeri menyeru rakyat supaya bersama-sama menggerakkan masyarakat mengambil peluang yang ada dan memanfaatkan sektor pertanian di tempat masing-masing.

“Kalau masih ada tanah-tanah terbiar yang boleh dibangunkan, ayuh kita bangunkan. Kita bincang dengan kerajaan dan jabatan teknikal bagaimana cara untuk membangunkan tanah-tanah yang masih ada, kurniaan Allah Taala kepada kita.

“Insya Allah saya yakin masa depan sektor pertanian khususnya di Kelantan mampu menjadikan negeri ini sebagai jelapang makanan kepada negara.”

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *