NegeriTerengganu

Kambing Bakar dan Aiskrim Jadi Tumpuan

KUALA NERUS – Warga Kuala Nerus khususnya para penduduk Seberang Takir menyerbu Rumah Terbuka Eidul Fitri Ahli Parlimen, Dr. Ustaz Khairudddin Aman Razali, sebaik ia dibuka pada jam 2.00 petang.

Selain makanan utama, sate, nasi dagang dan laksa, antara juadah yang menjadi tumpuan dalam majlis itu adalah ‘kambing bakar’ dengan sos lada hitam dan aiskrim pelbagai rasa, sehingga orang ramai terpaksa berbaris menunggu giliran untuk mendapatkannya.

Ustaz Khairuddin mengucapkan rasa syukur dengan kehadiran orang ramai dalam majlis sempena hari raya itu, yang pertama kali dibuat di kawasan kejiranan, rumah kelahirannya sendiri.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana orang ramai mari………mereka serbu sebaik sahaja majlis dibuka pada jam 2.00 petang bahkan ada yang menunggu sebelum itu lagi,

“saya harap semuanya dapat mengecapi juadah, mana-mana yang masih ada in sha Allah,”ujarnya ketika ditemui di Kampung Baru Seberang Takir pada Isnin, 20 Julai.

Beliau berkata dengan penganjuran majlis makan sempena Eidulfitri di kampungnya sendiri, beliau dapat bertemu mata dan berbual bicara dengan sanak saudara serta sahabat handai yang jauh dan dekat.

Kesempatan tersebut juga diambil untuk bertemu anak-anak Seberang Takir yang berada di perantauan, pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para petugas, muslimin, muslimat dan pemuda yang menyumbangkan tenaga, bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️