Liga Elit, Liga Veteran DUN Kemahang platform lahir bakat bola sepak akar umbi
Oleh: Syamimi Manah
KOTA DARULNAIM, 26 Julai – Penganjuran Liga Elit dan Liga Veteran DUN Kemahang 2026 menjadi platform penting dalam usaha mencungkil bakat baharu bola sepak di peringkat akar umbi, di samping membentuk generasi pemain yang berdisiplin serta memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemahang YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata Liga Elit DUN merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan bagi memberi ruang kepada anak-anak muda mengembangkan potensi dalam sukan bola sepak, selain menggalakkan mereka mengisi masa dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Kejohanan Liga Elit dan Liga Veteran DUN Kemahang 2026 serta menyempurnakan penyerahan jersi kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, pada Jumaat.
Sumber: inforakyat.kelantan.my