Perantau Azam Tingkat Sokongan Pada PRU14
KUALA TERENGGANU – Perantau Terengganu dari Johor Darul Takzim Zulkifli Ibrahim berazam akan menghantar lapan buah bas pengundi pulang untuk mengundi ke negeri Terengganuada pilihan raya umum kali ke-14 akan datang.
“PRU-13 kita hantar empat buah bas, PRU akan datang kita akan hantar sekali ganda lagi, lapan buah bas,”ujarnya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Zul JDT berikrar demikian ketika berucap pada sesi dialog Majis Ramah Mesra Eidul Fitri bersama anak-anak Terengganu di Perantauan.
Program tahunan yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai dekat sini Sabtu 18 Julai dihadiri lebih 300 orang peserta.
Ucaputama Majlis tersebut disampaikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Turut sama dalam program itu iapah Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat serta anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Pok Zul juga menyarankan PAS Terengganu memilih calon-calon yang ‘boleh menang’ untuk PRU akan datang dan memperkenalkannya bermula dari sekarang