NegeriTerengganu

Menang Seberang Takir, Menang Putrajaya

Pengerusinya, Ustaz Zakaria Dagang berkata kemenangan PAS pada peti undi terbabit amat penting bagi PAS untuk menawan negeri Terengganu dan sekaligus menguasai Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

“kita hendak ‘target’ (sasaran) kita biar seramai mungkin orang menyokong kita dan InsyaAllah akan memenangkan kita……macam saya sebut tadi bahawa (sekiranya) kita mahu menang (DUN) Seberang Takir…………..mesti menang (dahulu UPU) Tok Jembal,

“kalau tak menang (UPU) Tok Jembal……….(kita) tak boleh menang lagi (DUN) Seberang Takir, dan orang kata (kalau) kita menang Seberang Takir……InsyaAllah (kita akan) menang Putrajaya,”tegasnya.

[Gambar – Ustaz Zakaria Dagang paling kiri, bersama para petugas, meneliti senarai pengundi UPU Tok Jembal, sebelum program ziarah yang diadakan pada umaat 15 Mac]

Belau berkata demikian ketika berucap dihadapan para petugas pilihanraya PAS selepas program menziarahi pengundi UPU Tok Jembal, dekat sini semalam Jumaat 15 Mac.

Sebelum itu, beliau memuji kesungguhan para petugas PAS untuk mengambil alih semula pentadbiran negeri Terengganu, dengan kehadiran ramai para petugas dlam program tersebut.

Beliau mengarahkan supaya tindakan susulan diatur sebagaimana maklumat yang diperolehi daripada kunjungan ziarah tersebut.[Lihat Video]Menurutnya, kerja-kerja kempen pilihanraya yang dilaksanakan adalah termasuk dalam kerja-kerja dakwah yang menyeru manusia kepada kebaikan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh para sahabat pada zaman Nabi SAW.

Katanya, para petugas perlu meletakkan pemikiran positif dalam melaksanakan kerja-kerja kempen kerana peluang sentiasa terbuka dan tidak ada rasa ‘putus asa’ dalam usaha dakwah.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para petugas, atas kerja-kerja yang dilakukan dan berdoa semga Allah mejadikan kerja-kerja tersebut sebagai satu kebajikan dan amal soleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️