Kunjungan Diplomat Asing Petanda Peluang PAS Cerah
Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, PAS dikunjungi oleh pegawai dari pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada selepas dikunjungidiplomat dari kedutaan Jepun kira-kira dua bulan lalu.
“dua bulan lalu pada bulan Januari, Cik Yoko Suematsu, seorang Penyelidik dari kedutaan Jepun membuat kunjungan hormat, kemudian Encik Stuart Shaw, Setiausaha 2, Bahagian Politik, Ekonomi & Hal Ehwal Awam membuat kunjungan hormat pada Khamis 14 Mac ke pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu,
“mereka datang dengan minat yang tinggi untuk mengetahui kedudukan politik PAS dan polisi-polisi serta khususnya tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum ke-13 akan datang,”ujarnya.
[Gambar ; ………minat, Encik Stuart tekun mendengar penjelasan manifesto PAS Terengganu dari Haji yahaya Ali dan Ustaz Satiful Bahri]Menurutnya, Encik Shaw juga turut mengemukakan persoalan tentang peluang PAS untuk kembali memerintah dinegeri Terengganu, perlaksanaan undang-undang Islam dan cabaran yang dihadapi oleh PAS.
Katanya, ia merupakan suatu petanda yang jelas bahawa PAS Terengganu mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.
“mereka datang, untuk mengetahui perkembangan……………mereka adalah golongan yang profesional yang meembuat kajian dan pemerhatian, saya dapat rasakan mereka tidak akan membuat kunjungan sekiranya mereka tidak melihat PAS mampu meraih kemenangan pada pilihanraya umum akan datang,”tambah Haji Yahaya.
Turut sama dalam pertemuan hampir sejam dengan Encik Stuart Shaw adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat