Perubahan Positif di Kampung Bukit
Suatu masa dahulu keadaan di kampung ini sangat berbeza dengan kehadiran yang sangat sedikit dan agak sukar bagi pertugas-pertugas PAS bagi mengadakan program kerana kekurangan sokongan.
Tetapi pada program terbaru, dengan kehadiran mencecah 200 orang yang sebahagian besarnya ialah pemuda, ianya seperti menyatakan kehendak dari golongan pemuda sedang meluap-luap bagi menukar kerajaan.
Perkara tersebut diaui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turut merasakan sesuatu yang lebih baik telah berlaku di Kampung Bukit ini.
“Ini adalah hasil usaha kerja keras dan tawakkal kepada Allah oleh para pertugas-pertugas PAS.
“InsyaAllah sekiranya dilipat gandakan usaha maka tidak mustahil kampung ini akan dikuasai oleh PAS,” kata beliau.
Siri program ceramah secara intensif bagi DUN Bukit Payong itu turut mengundang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ustaz Fadhli Shaari.
Turut hadir sebagai penceramah ialah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menggantikan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan selain daripada Ustaz Mohd Nor sendiri.
Teruja dengan pendedahan-pendedahan yang tidak didapati dalam media arus perdana, yang dibongkar satu persatu oleh para penceramah, penduduk kampung yang hadir tidak berganjak sehingga tamat program.
Harapan dari petugas-petugas PAS pada malam itu agar sokongan ini dapat diterjemahkan dalam pilihanraya nanti.